Search site

About Us

Bismillah....Alhamdulillah Taala, kerana atas Kudrat Nya serta Limpah Kurnia Nya yang membolehkan saya membangunkan portal ini, sudah pasti dengan bantuan suami yang dicintai juga. Saudari Muslimah sekalian, portal ini adalah sebagai garis panduan sahaja. Perniagaan secara Konventional lebih mudah untuk diuruskan serta lebih meyakinkan para muslimah dalam pemilihan barangan jika dibanding dengan pembelian secara portal. Walau bagaimanapun, ini bukanlah menyekat saudari muslimah daripada membuat pembelian melalui web kerana lebih mudah untuk urusan perniagaan.

 

Insya Allah, walaupun perniagaan saya hanya berusia muda lagi, namun saya akan berusaha untuk menambahbaik fesyen-fesyen pakaian muslimah yang terkini dan menjanjikan harga yang amat murah dibanding pasaran. Saudari muslimah mesti tertanya-tanya kenapa harga lebih murah? Ini disebabkan tiadanya kos Overhead bulanan kerana perniagaan saya hanyalah secara Konventional, jualan pintu-ke-pintu, serta modal yang amat kecil.

 

Saya amat berharap, sokongan padu daripada saudari muslimah bagi menjadi tulang belakang saya untuk meneruskan impian saya serta niat hasrat murni dalam membina Muslimah Moden. Wallahuwalam.....

 

Sekian, terima kasih.

© 2008 All rights reserved.